Saturday, February 12, 2011

AKU PENGSAN...ATAU SEPARA SEDAR?

Tanggal 8 Februari 2011

Satu tarikh keramat yang mana aku tidak sihat..
aku selsema...dan batuk tanpa henti hingga menyesakkan saluran pernafasanku..
Langkah seterusnya aku pun pergi la ke hospital menaiki motor skuter egois aku tuh...
Then pergilah berjumpa doktor dan mengambil gas...untuk asma...
Tanpa aku sedari aku terlupa makan tengahari tu...
Akibat kuantiti dadah dalam gas yang aku amik tu terlalu tinggi...and without taking lunch....maka...lepas tu doktor suh aku g mik x-ray....
malasnya la rasa dihati...
Namun aku turutkan juga....then nak berjumpa doktor tu balik aku rasa kepala ku berpusing-pusing....
Waduh....apakah pula yang ingin terjadi sekarang ini...
Aku terus berjalan dan bertahan...
Aku menahan dan meraba-raba mencari dinding untuk teruskan perjalanan ke arah doktor.. tiba-tiba aku mencengkam tangan doktor dan mengatakan ....
"Doktor....saya tak nampak apa-apa...saya nampak gelap jer... tak nampak apa"

Doktor pun memaut tanganku lalu melabuhkan punggungku ke atas kerusi beliau...
Lantas doktor bertanya padaku...

" Dik....owh dik...kenapa ni dik...bangun....kenapa ni..."

Aku cuba untuk bangun dan berdiri... lalu ketika aku sedang cuba berdiri....
diri ku hanyut dan terus rebah ke lantai...

Doktor dan beberapa kakitangan hospital lantas segera mengangkat diriku naik ke atas katil dan menolakkan pergi ke wad zon kritikal...

Tika itu jugala aku tersedar aku separa sedar atau pun pengsan....

Disana aku terus dicucuk kedua belah pergelangan tangan untuk dimasukkan air...

B.P.. Tekanan darah aku terlalu rendah...

Amat rendah... hingga mencapai skala 70/40...

Diri ku menggigil kesejukan....

Doktor sendiri juga telah mengatakan pada kedua orang tuaku ketika itu...

Keadaan diriku sangat teruk... sangat lemah... boleh dikatakan were going to the death...

Hidup aku time tuh 50%-50%

Aku menghadapi kesukaran untuk bernafas...

Doktor memberi aku tiup oksigen lalu diletakkan di dalam hidung untuk membantu diriku mendapat sokongan pernafasan...

Ya Allah.... hanya tuhan sahaja mengetahui keperitan, kesakitan dan penderitaan yang aku alami saat itu....

Doktor ingin menghantar ku ke ICU....

Tapi cubalah korang bayangkan....time nk masukkan kan aku tu pun wad ICU telah penuh... maka jalan lain terpaksalah doktor meletakkan aku tinggal di zon kritikal...

Doktor sentiasa memantau dan menjaga ku...

Namun tekanan darah ku masih rendah walaupun telah lebih 20 botal air tenaga dimasukkan ke dalam badanku...

Antara terus biarkan sakit ataupun menyelamatkan nyawa pesakit...

Lantas ketika itu dalam keadaan yang masih sedar....

Doktor tiada jalan lain....

Doktor terpaksa menebuk leherku... kerana kandungan kuman yang telah masuk ke paru-paru aku mencapai tahap yang begitu kuat dan tinggi sekali...

Dalam keadaan sedar aku menanggung kesakitan yang amat sangat yang tidak pernah aku rasakan....

Ketika doktor menebuk leherku... ketika doktor menyembelih leher ku...hahaha boleh kah aku kata kan perumpaan menyembelih? yela...memang betul pun... aku rasakan leher aku kene sembelih time tuh.... sakitnya yang amat sangat.... Tika itu juga ku dapat rasa darah ku memancut-mancut dan terpercik keluar....terasa begitu banyak darah yang mengalir ketika doktor sembelih leher aku ni....

Tak lagi habis dengan itu...sakit tak habis lagi...doktor terus jahit plak leher yang telah die sembelih tadi tu...waduh...macam cerita ali baba bujang lapok la pulak.. cuma bezanya aku ni dijahit hidup-hidup...

Ketika itu semua aku hanya mampu berzikir dan banyak ingat pada tuhan....
Aku harus percaya pada semua yang terjadi dan hikmah disebaliknya...
Ketika doktor menyembelih leherku itu...dan menjahitnya aku rasa ngilu dan begitu lemah sekali...

Tanpa ku sedari akibat terlalu sakit menanggung kesakitan aku mengalir kan air mata bertalu-talu tanpa mampu menghentikan air mata yang begitu deras mengalir ini...
Ketika itu juga aku teringat...aku begitu azab dan sakit ketika dicucuk lebih 20 kali cucukan dibadan, ditebuk leher 3 hingga 5 kali.. dan badan ku begitu lebih.. Namun ketika itu jugalah aku teringat emak aku... Kalau aku baru sakit begini amat sangat...Bagaimana lah pula keadaan mak aku ketika dia melahirkan aku dahulu...
Orang kata apabila melahirkan anak lebih-lebih aku anak pertama adalah sakit sangat..
Mesti mak aku mengalami kesakitan yang amat saat ketika itu sewaktu melahirkan aku...

Jauh dari sudut hatiku ketika azab menahan kesakitan itu...diriku berbisik dalam jiwaku...
"Emak...adakah begini sakit menanggung kesakitan? Mak....adakah begini dan lebihnya sakit sewaktu mak melahirkan kak long dahulu? Mak....Betapa besarnya pengorbanan mu Mak... Mak... maafkan kak long kiranya slama ini kaklong tidak dapat menjadi anak yang baik untuk mak...Mak...kak long sakit...Mak...kak long takut mak...."

Tika itu juga terlintas difikiranku mengatakan bahawa..kalau ini lah sakitnya azab...bagaimana pula sakit bagi seorang ibu melahirkan anaknya.... dan jikalau sakitnya seorang ibu itu melahirkan anak iaitu zuriatnya..bagaimana pula rasanya jiwa,zahir, batin dan diri ini kita insan yang lemah tak lari dari kesilapan dan dosa sekiranya di akhirat kelak? Bagaimana lah pula jika ditempatkan di NERAKA ALLAH?? Aku terfikir lantas mengucap banyak2 dan mengangungi kebesaran ALLAH dan aku juga turut memikirkan jika begitu semua...pastilah NERAKA ALLAH adalah neraka yang begitu menakutkan dan begitu sakit menganggung azab....

Aku pasrah...aku hanya berserah pada qada dan qadar tuhan ketika itu...
Tika saat itu jugalah aku kembali mengisafi kesalahan yang mungkin pernah aku lakukan di dunia ini sepanjang 22 tahun aku hidup...

Ya Allah begitu besarnya ciptaan MU...
Ya Allah begitu pengasih dan penyayangnya diri MU....
Ya Allah aku hambamu yang lemah... aku bersyukur pada mu Ya Allah kerana telah menyelamatkan aku dari kesakitan yang amat sangat itu...

Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah salah silap ku dahulu Ya Allah...
Terima lah Taubat ku Allah...
Ya Allah sesungguhnya DIKAU lah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Aku bermohon peluang, hikmah dan keberkatan dari Mu untuk meneruskan kehidupan ini...
Ya Allah... terima kasih kerana memberi aku ruang sebagai khalifah di bumi untuk belajar dan mengerti kehidupan di bumi nyata ini..

Aku turut menyedari...perjuangan aku tidak akan terhenti hingga di sini sahaja...
Aku manusia...Aku insan biasa...Aku harus teruskan perjuangan dan kehidupan aku bagi memacu kebahagiaan di dunia dan di akhirat...

YA ALLLAH....

ALLAHUAKHBAR....

ALLAH MAHA BESAR....

AMIN.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...