Monday, August 16, 2010

KENAPA DIA CURANG???


Sakitnya hati! Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!

Hidup Terkongkong

Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.


Rasa Marah

Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

Rasa Rendah Diri

Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!


Sering Berjauhan

Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!


Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang

Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.


Komunikasi Yang Hambar

Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.


Landasan Hubungan Yang Rapuh

Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!


Merasa Tidak Dihargai

Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.


Mahu Lebih Bahagia

Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.


Sikap Yg Mengada-ngada

Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.


Hubungan Terlalu Rutin

Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

Sikap Playboy!

Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.


Membalas Dendam.

Emm.. satu tabiat yang tak elok.. mungkin si dia cuba untuk membalas dendam dengan apa yg telah anda lakukan pada dirinya..

Anda tak harus melenting kiranya pasangan anda curang.. cuba cerminkan diri anda sendiri mungkin juga ada kesilapan dari diri anda sendiri hingga membuatkan pasangan anda curang. Tanya diri sendiri jujur kah aku..? Setiakah aku..? sesuatu yang terjadi kiranya bukan dari kesilapan sendiri itu bererti anda harus cuba untuk memutuskan hubungan.

Curang juga bukan ada dikalangan insan yang sedang bercinta… tapi lebih parah lagi kiranya dialam rumahtangga.. amat perit untuk menerima hakikat kiranya mengetahui pasangan suami/isteri yang curang.. namun setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kita harus bijak menangani setiap masalah dengan bijak agar perhubungan tak berakhir begitu saja.

MENCINTAI ATAU DICINTAI

what is love? adakah lebih baik mencintai atau dicintai? aku pun tidak mengerti. Aku kadang2 tidak dapat memahami dirinya. Puas sudah aku cuba yang terbaik untuk dirinya. Tapi aku dapat merasakan yang ianya hanyalah sia-sia. Kenapa dia tidak berlaku jujur pada ku? siapakah aku di dalam hidupnya? Ku merasakan diriku tidak jua penting di dalam penghidupannya. Acap kali aku dibuntui pelbagai persoalan yang masih belum bisa terungkap hingga ke detik ini. Apakah salahku hingga tegar dikau melakukan sedemikian pada ku?

Salahkah aku untuk menjaga dirimu sepenuh jiwaku? Sering kali aku dipersalahkan atas apa jua yang terjadi. Bukan diriku meminta untuk dipujuk. Namun aku jua wanita biasa sayang. Aku terlalu rindukan belaian mesra darinya. Aku tidak mengerti. Aku kusut memikirkannya. Adakah aku bukan yang terbaik untuk dirinya? Atau dirinya sudah mempunyai insan yang lebih bisa mencintainya melebihi kasih ku padanya.

Ya Allah Ya Tuhanku.. daku memohon pada Mu Ya Allah. Hambamu yang lemah ini mengerti cinta Pada Tuhan perlu lebih bisa kuat dari cinta duniawi ini. Hambamu ini merayu, merintih kepadamu Ya Allah tolonglah beri daku kekuatan Ya Allah. Aku telah puas merintih kesedihan atas kelukaan yang acap kali diterima. Puas sudah ku membujuk diriku agar terus sabar dan tabah. Ya Allah, berikanlah hambamu yang hina ini ketenangan dijiwa jua disanubari ku agar aku kan terus bangun meranjau onak duri kehidupan Mu Ya Allah. Ketenangan dan kerahmatan DariMu sangat dipohon. Hanya PadaMu Jua tempat ku mengadu, merintih, merayu, dan memohon pertolongan.

Sungguhpun aku terlalu mencintai, mengasihi dirinya. Aku pasrah Ya Tuhan..Ya Allah. Kiranya rentetan lakaran lukisan kehidupan ku bukan bersama si dia yang ku cintai. Aku pasrah. Aku Redha. Aku Sabar. Aku terima Qadha' dan Qadar mu Ya Rahim.

Mungkin dirinya sudah mempunyai teman lain selain diriku. Aku cuba menerimanya. Ku ketahui siapalah diriku hanya insan biasa. Walau ku punyai hati dan perasaan. Ku juga ketahui insan yang ku cintai itu jua punya hati dan perasaan. Aku mohon padaMu Ya Allah. Berilah kebahagiaan kepada si dia bersama insan yang disayangi serta dicintainya itu. Walaupun separuh jiwaku pergi setelah kehilangan dirinya. Aku turut bahagia melihat kebahagiaan dirinya dengan teman barunya itu.

Benar kata orang. Lebih baik dari dicintai dari mencintai. Perasaan cinta adalah suatu perasaan indah yang sukar untuk diperkatakan. Cinta adalah perasaan kasih yang begitu mendalam. Hanya insan yang saling berkasih mengerti apa itu cinta. Indahnya dan betapa Agungnya ciptaan Mu Ya Allah. Walaupun si dia tidak lagi mencintai diriku. Ku jua senang melihat orang yang ku cintai bahagia dalam penghidupannya walaupun aku tiada disisinya. Walau ku rasa kesunyian dan kelukaan yang terhiris. Akan terus kuat ku melangkah masa depanku. Walaupun aku bukan untuk mu. Akan ku terus kuat. Kuat. Kuat. Kuat. Kuat dan Kuat sehabis dayaku. Tika bersamamu sayang. Dikau acap kali memberi keyakinan pada diriku agar terus kuat meniti ranjau di hadapan. Kekuatan yang dikau berikan dahulu akan terus ku bawa berjuang hingga ke akhir hayatku. Terima kasih sayangku kerana mengajarku menjadi seorang insan, seorang wanita yang kuat.

Maafkan diriku jika aku bukan yang terbaik bagimu. Kenangan indah, suka duka kita bersama kan ku abadikan ianya dalam memoriku. Maafkan daku atas segala khilaf ku, kesilapan dan kesalahan ku padamu. Terima kasih atas segala kenangan bersama, belaian kasih sayang dan juga rasa cinta yang dicurahkan padaku selama kita bersama.
Walaupun kita tidak lagi bersama. Hanya doaku sentiasa bersama mu SAYANG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...