Wednesday, February 2, 2011

TANYA SAMA POKOK... APE KE HAL KO BERGOYANG??

TANYA SAMA POKOK

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.


Awan nanti kata aku kandung air, http://www.emocutez.com
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Mula tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andai jemu mengganti rindu,
Jambangan rindu tentulah layu.


Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayanghttp://www.emocutez.com


*********************************************************************************
Kalau di tanya pada sang pokok....

Duahi pokok...owh pokok...

Kenapa pokok kau bergoyang?

Kalau tiada angin masakan aku bergoyang...?

Ku lihat ada juga kebenarannya...

Lalu ku tanya pula sang angin...

Duhai angin mengapa kau bertiup??

Jika aku tidak bertiup maka penuhlah awan dengan sang air...

Aku pergi bertemu sang awan lalu bertanya padanya...

Sang Awan budiman...mengapa pabila dikau sejuk?

Kata sang awan....

Aku sejuk lalu aku memberi hujan pada manusia...malah segala makhluk di bumi...

Tatkala itulah bayang-bayang akan menjelma disebalik air..

Duhai sang air...dimanakah dikau pergi?

Aku ada disini...mengapa dikau mencari diri ku...

Saat tika itulah aku menemui sang air....

Lalu tatkala itu juga lah aku melihat kelibat bayang-bayangku di sebalik sang air..

Mengapa dikau mengeluarkan bayang-bayang duhai air..

Jikalau tidak aku menjelmakan bayang-bayang,.... adakah dikau akan terlintas jua melihatnya?

Melihat apa sang air?

Ya.... bisakah dikau melihat kelibat dirimu?

Bisakah dikau melihat dirimu yang sebenar?

Usah dilihat hanya pada luaran sahaja...

Pantulan bayangan dirimu itu haruslah dilihat jua pada insaniah dalaman jiwamu...

Aku terkesima mendengar hujah yang diutarakan oleh semuanya...

Aku hanya manusia...

Aku jua salah satu makhluk dibumi ini....

Akhirnya aku menyedari...

Aku pelajari...bahawa....

Disebalik pokok bergoyang itu ada hikmahnya....

Setiap kejadian di bumi ini ada tanggungjawabnya tersendiri...

Punyai maksudnya tersendiri...

Setiap makhluk dimuka bumi ini punyai kehidupan yang tersendiri...

Setiapnya bebas memilih liku hidupan bagi membentuk ranjau lukisan kehidupannya..

Aku tegar kiranya itu adalah fitrah ketentuan ILAHI....

Betapa Agungnya...besarnya KEJADIAN DAN CIPTAAN MU TUHAN.....

Disebalik pokok yang bergoyang...

Masih wujudnya SANG ANGIN, AWAN, AIR...

Siapakah mereka? Mereka umpama pemacu bg penggerak hidup ini...

Kita hanyalah kecil....usah lah berlagak sombong...

Kerana kita saling memerlukan satu sama lain...

Kerana itu kita diciptakan pelbagai rupa...

Pelbagai kekuatan jua kelemahan...

Semuanya adalah SIMBIOSIS...

AKU.....

KAU.....

DIA.....

MEREKA.....

DAN.....

SEMUANYA.....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...